Minggu, 09 Januari 2011

"TAURUS"

“Boleh di harap, boleh dipercayai, mesra, sensous, tekun, jujur, sabar, konservatif, rumahtangga, tenang, sempurna, stabil, praktikal, artistik, setia, penyayang, berazam”

Taurus adalah simbol kedua dalam zodiak, beralih dari kelahiran dan kesedaran tentang diri yang di bawa oleh Aries, Taurus memulakan tindakbalas melalui fizikal dalam meneroka kehidupan. Hak milik dan sentuhan fizikal amat penting bagi Taurean. Mereka biasanya cenderung untuk bermewah-mewah, dan berseronok. Taurus adalah simbol fizikal. Dalam hubungan percintaan, mereka setia, romantik, dan kadangkala cemburu.

Andainya anda berminat terhadap Taurean, anda tidak sepatutnya hanya menunggu mereka untuk mendekati anda. Taurus adalah seorang yang sabar, jadi anda perlu bersabar dalam perhubungan bersama mereka. Dalam banyak kes, anda perlu memulakannya.

Sekiranya anda keluar bersama Taurus, buat mereka tahu yang anda seronok dan gembira dengan komitmen mereka. Jika anda memilih restoran, pastikan hidangan dan suasananya dalam citarasa yang baik, dan jika anda merancang makan malam di rumah, rancang dahulu bagi memastikan semuanya sempurna, makananan yang enak, minuman yang sesuai, bunga dan lilin di atas meja, serta muzik lembut yang akan dimainkan sebagai latar. Jika anda dapat menunjukkan kesempurnaan untuk mereka, anda sememangnya berada pada jalan yang baik untuk membina perhubungan yang berkekalan.

Dengan semangat yang tinggi dan great sense of humor, Taurean boleh mendatangkan ketenangan dan kegembiraan terhadap seseorang. Walaubagaimanapun, perubahan mendadak dalam perkara rutin biasanya boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan dengan mereka.

Sekiranya anda mencari seseorang yang boleh diharap dan dipercayai, anda telah menemuinya. Walaubagaimanapun, jika anda mencari seseorang yang sentiasa meyakinkan tentang cinta dan kesetiaaan, mungkin anda perlu mencari lagi. Taurus adalah sangat sensual dan boleh jadi tak lena tidur memikirkan seseorang yang mereka sayang dan ambil berat.

Taurus adalah bersifat tanah. Sifat tanah adalah jenis Deria. Tergolong dari sifat feminine, meyedari kewujudannya di sini dan kini, menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai deria.

Taurus Utara (21 April hingga 30 April)

Mereka agak ego dan agresif. Mereka kadangkala merasakan diri mereka adalah ‘mahal’. Selalunya mereka mempunyai minat yang pelbagai. Reaksi mereka terhadap sesuatu perkara amat sukar diduga. Mereka spontan. Sesetengah mereka bercita-cita terlalu tingggi. Kurang fleksibel. Cinta mereka agak sukar difahami tetapi diri mereka sering diidam-idamkan oleh ramai orang. Sikap cemburu mereka kerap menyebabkan kekasih mereka pening kepala. Walaubagaimanapun, mereka seorang kekasih yang hebat dan mempunyai keghairahan cinta yang kuat.

Taurus Timur (01 Mei hingga14 Mei)

Mereka mahukan kehidupan yang selesa dan sempurna. Sesetengah mereka sangat memilih. Sering bersendirian. Mereka tidak suka mencari musuh tetapi mempunyai sikap permusuhan yang agak tebal. Selalunya mereka kurang mempunyai keyakinan diri. Mereka selalunya berani hanya jika perlu. Mereka berjiwa seni, seorang penyusun dan perencana yang baik, lebih berminat terhadap falsafah. Mereka biasanya sangat jujur dan boleh dipercayai hampir dalam semua perkara. Mereka memandang perhubungan percintaan adalah sesuatu yang serius.

Taurus Selatan (15 Mei hingga 20 Mei)

Mereka adalah jujur. Mempunyai nilai-nilai keadilan dan kesaksamaan yang agak tinggi. Mereka periang. Mereka mempunyai sikap diplomasi yang tinggi. Sangat bertolak ansur dan sensitif. Walaubagaimanapun, mereka kadangkala kurang yakin terhadap diri sendiri. Kadangkala pula bersikap keterlaluan. Bagi mereka cinta hanyalah sekali dan amat berhati-hati mencari pasangan. Oleh itu, mereka biasanya agak sukar mencari pasangan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar